Saturday, March 7, 2009

Aku Rasa Tak Cukup Meter

Semalam aku sepanjang hari (well, almost) dekat DUP buat FYP exhibit aku.
Dan juga hari sebelum tu, dan hari selepas tu.
So siape-siape yang cakap budak seni got it easy, erm, fark you ok?

Anyway, aku kena beli kayu untuk buat meja.
As in, aku berniat untuk membuat meja display aku sendiri.
Iya.
AKU nak BUAT sebuah MEJA.
Serious.
Aku ada tukul dengan paku ni.

Seperti biasa, niat aku tak termakbul kerana kami telah mendapat tahu yang membeli satu rak file yang lebih kurang ukuran yang aku nak dekat tesco lebih murah dari membuat meja aku sendiri.
Aku tak fahamlah dunia di mana kayu siap lebih murah dari kayu tak siap.
Tambahan aku tak dapat menggunakan tukul dan paku aku di tahap optimum.

Anyway, sebab sebenar aku menulis entry ini adalah aku membawa rumet aku sekali dalam adventure kayu ini.
Akhirnya aku mengajaknya ke DUP untuk menjadi hamba abdi aku.

Macam ni lah dialognya:
I: Tolong aku kat DUP boleh?
(Padahal dah kat depan DUP)
RUMET I (Sambil mencuba nak tengok kat dalam dewan): Boleh jer.
I: Ala beb. Takde sesape nak ditengokkan.
And then aku mengucapkan kata-kata ini:
'Bukannya ada Ijal punnnn.'

Jadi, kami pun setup rak-rak aku (yang aku buat sendiri ok).
Tiba-tiba kami terdengar suara dari pintu dewan:
"Oi Mak Andak!!"

Aku pun terfikir "Mesti budak New Media. HAIH."

Sambil aku tengah menukul dengan cara yang tidak begitu hot, tetapi efektif, rumet aku berbisik dengan kuat:
"WEI!!ITU IJAL!!"
I: Huh?
Tukul hampir jatuh.
RI: Yang tadi tu. Ijal!
I:Ape? Serious? Wow.
RI: Mulut ko masin dowh.
I: HAHAHAHA. A'ah. Nanti aku cakap esok bukannya ada Chace Crawford pun eh?

Lepas tu datanglah si Ijal tu kat kitaorang, sebab rumet aku kenal die.
Aku menukul dengan se-cool yang boleh (padahal aku rasa tak ada orang yang nampak cool sambil menukul, kecuali mungkin si elf-elf dari Lord of the Rings. Disebabkan aku takkan hidup selamanya dan tak pakai baju labuh bersulam, maka aku tak cool lah masa menukul tu. Duh).
Kemudian dia dan rumet aku bercakap dalam bahasa sabah yang lebih kurang satu daripada 10 perkataan aku boleh faham.

Maknanya, aku tak faham apa yang dieorang cakapkan.

So itulah kejadian pelik yang berlaku hari ini.
Pelik kan?
Tiba-tiba banyak je nampak si Ijal ni.
Sebelum ni, tak perasan pulak.

Hmmm.

Mesti pasal rumet aku....

4 comments:

Anonymous said...

Siapa ba si Ijal ni, sia pon mo tengok o. budak sabah lagi tu? besa la kan budak sabah ni mimang cun gila babi. sia bosan o sam. ba, bila ni ko mo datang sini mansau-mansau dengan sia ni? capat ba. kalo ko indak faham apa sia cakap ni ko call la ko punya rumet yang padai sakap sabah ah. suruh dia kasitau ko apa yang sia sakap ni.

ba gintak. capat -capat ah ko datang sini.

Anonymous said...

aku rasa cara kau tulis dalam bahasa melayu memang kelakar giler! teruskan la kawan baikku...memang teramat entertaining sekali... (aku tau salah grammar kat situ, tapi tak kisah la)

Anonymous said...

oh, lupa nak tambah...kau reti guna tukul dan paku??!!!! (ketawa terbahak-bahak)

bila dibawah stress, mukjizat memang boleh berlaku...

sam said...

adalah kamek faham ckit2 apa kitak madah ya bah kez.tapi ne endak kamek mok ke kl, sekda sponsor bagi mek.
mun ada, adalah kamek turun.;)

hey best friend aku, ko jangan gelak. aku pandai guna tukul dan paku.
aku ada bukti.
satu hari nanti aku akan tunjuk kat kau.
hahaha.