Wednesday, March 4, 2009

Potong Straight Sikit

3 March 2009

Walaupun aku penat sampai mata aku lebih kurang rasa seberat sebiji bowling ball, aku mesti post entry ni.

Kerana sesuatu telah terjadi hari ini yang mungkin tidak akan berlaku lagi untuk dilihat oleh dunia kini.
Iaitu (selain daripada aku membeli tukul dengan paku, dengan niat nak buat rak), aku dan rumet telah bersetuju atas ke-hot-an seorang lelaki.

Kamu gelak?

Aku rasa kamu tidak memahami ke-serious-an kejadian ini.
Kami tak pernah bersetuju tentang ke-hot-an para jejaka yang kami kenali.
Kami hanya bersetuju mengenai SATU selebriti yang paling hot di muka dunia ini (selain daripada hayden christensen).
Selebriti itu adalah Chace Crawford.

Ia.
Sampai begitu, baru kami bersetuju.

Maka tadi, apabila kami berada di KFC, kami telah melangsungkan dialog di bawah (abridged version):

RUMET I: Ish, Abang D tu memang tak boleh tahan lah. Semakin lama semakin senget.

I: Eh? Yeker? So, nanti ko pegi tak tengok teater die?

RI: ...Ye kot. Tapi mahal la tiket. Tak berbaloi. Bukannya ada Chace Crawford pun (ok, aku tipu. aku saja nak ad-lib nama Chace ke dalam dialog ini).

I: Nak tengok laa. Anyway. Kita tengok teater Ijal ok?

RI (memandang senteng): Kenapa ko macam...tergoda je bile cakap pasal die?????

I:...Wei. Tolonglah. Aku just rasa Ijal tu hot ok?

RI: Ijal tu memang hot pun.

I: Tergamam sejenak.

I: Masih tergamam.

I: KO TAK PERNAH PUN CAKAP KAT AKU YANG KO RASA SI IJAL TU HOT!!!!!!!!!!!

RI: Ko tak pernah tanya pun.

I: Aku kena tanya ke?

I: Aku tak percaya. Ko bersetuju dengan aku!!!

Yup.Itu dia.Mukjizat yang berlaku hari ini.

No comments: