Monday, January 4, 2010

Dichen Lachman

Yeah, yeah, aku tau ni bukan gambar Dichen Lachman.
Tapi dress ni cantik kan?
Walaupun tak secantik Lachman.

Sebenarnya, aku rasa kan, macam aku takde paper nak di-blog-kan. Seriously. Adelah, stuff happens. Lepas tu, stuff tu berlalu. Aku pun duk fikir, nak post pasal benda tu ke tak? Habis aku duk fikir, aku pun rasa aku lama sangat fikir. So aku tak tulis. Lama-lama aku tak post, aku jadi malas.

Sebenarnya aku tau korang semua tak peduli pasal dilema aku, so aku just akan bercerita pasal aku pergi shopping hari ni dengan Lilyflower.

So dah lama giler babi aku tak pergi shopping. I mean, shopping shopping, bukan shopping nak beli katil baru ke, shopping nak beli bantal ke, shopping nak beli tukul dengan paku...all that housewife-in-training/ andartu stuff.

Korang tau tak macam mana nak bezakan antara shopping dengan shopping shopping? Aku pun tak tau sangat lah, ko pergi ar figure it out yourself. Ko dah cukup tua kot.

Yang aku tau, shopping adalah satu aktiviti yang therapeutic. Baru breakup? Pergi shopping lah beb. Dapat promotion kat kerja? Shopping lah beb. Adik lari dari rumah? Takyah fikir banyak, shopping lah beb. Takde kerja lain?

Carilah kerja. Duhhh.

Anyway. Aku dah lama tak shopping. Aku hampir lupa kepuasan hati membeli barangan baru. Seriously. Tak ade ape-ape yang boleh mengalahkan kepuasan hati memakai baju baru yang dipilih dan dibeli sendiri. Aku selalu rasa macam aku telah mencapai sesuatu bila aku pakai baju yang aku baru beli. Or mungkin aku just vain dan banyak ego... Bottomline, shopping memang best.

2 comments:

Sashie VII said...

Most wouldn't care, but anyone would be interested in reading. And I remember sesi shopping paku & tukul itu!

Saya tahu bezanya. Tapi ta tahu menerangkan.

Laughing pukul 4 pagi di sini.TQ.

lilyflower said...

Engkau memang kelakar...lain kali ku beli jugak...dan juga ice cream cornetto sundae aku...wuahahha...4.48pm! getting ready to go down!