Wednesday, March 10, 2010

Tak Rasa Best Pun

Kenapa hati kita selalu suka buat benda-benda bodoh? Kenapa hati kita suka sakitkan diri kita?Sebab dia rasa diri dia hebat? Sebab dia tak peduli tentang kita?
Dia ada niat kamikaze kot. Dia tak gembira selagi kita tak berada dalam keadaan takut, tak pasti, sakit hati, sedar yang kita tengah membuat benda bodoh tapi buat jugak, mengharap tanpa balasan, mengharap tak bertempat...
Haih.
Hati nih.
Kalau aku boleh sepak, aku sepak sampai kau sedar.

Benda ni ke yang suka menjahanamkan hidup orang?

Sebenarnya tidak, kerana hati yang dimaksudkan bukan literal. Terima kasih.

*Sebenarnya, ni bukan hati pun. Ni jantung. Tapi dalam BI heart tu jantung lah. Jantung lagi romantik dari hati. Kalau tak ada hati, masih boleh hidup lagi. Sort of. Kalau tak ada jantung mati kot.

3 comments:

ally said...

apa yg sudah terjadi ? =p

treeeeeeeee-----na! said...

Aku ingin mengatakan bahawa aku ingin sepak hati kau walaupun kau kata kau okeh...

Kau pun boleh sepak hati I. Tapi sekurangnya aku tau hati I memang sungguh tak okeh.

Heh heh heh

Saya Pun Nak Sepak Hatiku said...

Betul kata kamu.

Hatimu itu memang patut disepak,
Biarlah sampai koyak-rabak,
Biarlah sampai rupanya tidak boleh dikenali,
Biarlah sampai rasanya tidak dirasai,
Biarlah sampai beku dan retak,
Biarlah sampai hanyut di pukul ombak,
Biarlah sampai maruahnya dicabuli,
Biarlah sampai dilontar, dicampak di sana-sini,
Biarlah sampai dihiris lapis demi lapis,
Biarlah sampai jiwannya disedut habis,
Biarlah ia hancur sampai hanya tinggal bekas bayangannya,
Biarlah sampai lenyap segala harapannya,
Biarlah sampai ia puas dipijak,
Biarlah sampai ia tidak berdetak.


Tapi mungkin saja itu caranya,
Bila musnah segala-galanya,
untuk hatimu yang degil perangainya,
kembalikan denyutannya.

Betul kata kamu.

Hatimu itu memang patut disepak.