Sunday, May 16, 2010

Utility

Hari tu, aku pergi 1U. Aku berniat nak beli tali pinggang (bukan untuk aku).
Masalah pertama yang aku sedari adalah: aku tak pernah beli tali pinggang untuk lelaki sebelum ni (beli masa krismas untuk suadara tu tak kira lah).
So aku fikir, kat mana ada jual tali pinggang? Rasanya kat tempat yang jual tali leher ada tak jual tali pinggang?
Malangnya, disebabkan aku tak pernah masuk kedai yang jual tali leher, aku tak boleh menjawab soalan tersebut.
Aku pun cuba mengingati kembali all those times yang aku ikut cousin atau kawan lelaki aku pergi shopping. Yang aku ingat hanya sekali tu, bila Jo nak beli jaket Puma dia dan telah mengheret aku menerusi 4 shopping malls dalam satu hari (masa tu aku pun tertanya tentang inclination dia). Aku hanya pergi kedai Puma. So, tak boleh guna.
Kedai jeans mesti ada tali pinggang kan? Kalau tak, ikut fesyen sekarang seluar laki semua jatuh kat lantai kot.
Kedai jeans yang aku kenal: Levi's.
...
Pull and Bear?
...
Apa yang aku tau? Aku cuma tau Forever, MNG, Cotton On, Topshop. Tapi Topshop ada Topman.
Aku pun pergi mengeksplorasi kedai-kedai yang aku rasa akan menjual tali pinggang lelaki (aku betul).
Akhirnya aku membeli tali pinggang (bangga).
Masa aku re-check resit aku sedar...bahawa tali pinggang ada saiz.
Kau tau tak tali pinggang ada saiz?
Sebab aku tak tau.


Kau tau tak Batman's Utility Belt hanya ada satu saiz.
Saiz itu adalah Bruce Wayne.

No comments: