Kenapa hati kita selalu suka buat benda-benda bodoh? Kenapa hati kita suka sakitkan diri kita?Sebab dia rasa diri dia hebat? Sebab dia tak peduli tentang kita?
Dia ada niat kamikaze kot. Dia tak gembira selagi kita tak berada dalam keadaan takut, tak pasti, sakit hati, sedar yang kita tengah membuat benda bodoh tapi buat jugak, mengharap tanpa balasan, mengharap tak bertempat...
Haih.
Hati nih.
Kalau aku boleh sepak, aku sepak sampai kau sedar.

Benda ni ke yang suka menjahanamkan hidup orang?
Sebenarnya tidak, kerana hati yang dimaksudkan bukan literal. Terima kasih.
*Sebenarnya, ni bukan hati pun. Ni jantung. Tapi dalam BI heart tu jantung lah. Jantung lagi romantik dari hati. Kalau tak ada hati, masih boleh hidup lagi. Sort of. Kalau tak ada jantung mati kot.










